Anak penyanyi Dayangku Intan meninggal dunia
Sahlizah Mohamed
Februari 21, 2020 11:33 MYT
Februari 21, 2020 11:33 MYT
Penyanyi era 80-an, Dayangku Intan memaklumkan anak perempuannya, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23 tahun meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati pada Jumaat.
Kisah duka itu dikongsikan Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid melalui akaun Facebooknya.
Wanku Intan yang juga anak ketiga dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.
Allahyarham menjalani pemindahan hati yang didermakan adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hopsital Selayang awal Februari lalu.
Terdahulu, Dayangku Intan menerusi posting di laman Instagram miliknya menyatakan Wanku Intan Syarafana tenat sekitar 13 jam lalu.
"Keadaan Dayang memang tidak dapat dibayangkan...Bayangkan bagaimana keadaan ibu yang telah menjaga seorang anak perempuan dengan begitu rapi dan penuh kasih sayang," kata suami Dayangku Intan, Rosman Yahlil ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.
Difahamkan jenazah Wanku Intan Syarafana akan disempurnakan di Masjid Wilayah di Jalan Duta dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di ibu negara selepas solat Jumaat.
#anak
#Dayangku Intan
#meninggal dunia
#penyanyi
#Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
#Wanku Intan Syarafana Rosman
#Wanku Mohd Ruknuddean