Anak penulis siri Lord of the Rings meninggal dunia
Agensi
Januari 17, 2020 09:54 MYT
Januari 17, 2020 09:54 MYT
CHRISTOPHER Tolkien, anak penulis Lord of the Rings, JRR Tolkien, meninggal dunia pada usia 95 tahun.
Kumpulan peminat tegar siri itu yang menggelar diri mereka sebagai Tolkien Society, mengesahkan kematian Christopher menerusi Twitter dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.
Christopher merupakan anak ketiga dan bongsu Tolkien dan bertugas sebagai editor untuk hasil karya bapanya.
Dia juga menerbitkan karya bapanya selepas kematian mendiang pada tahun 1973, termasuk The Silmarillion dan Beren and Luthien.
Kebanyakan hasil penulisan itu diambil daripada nota mendiang yang mengambil masa beberapa tahun untuk dikumpul dan diperincikan.
Christopher juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Oxford, tempat sama di mana mendiang bapanya mencurah bakti sebagai tenaga pengajar.
Pada tahun 2017, dia menerima penghormatan tertinggi di Perpustakaan Bodleian kerana sumbangannya sebagai seorang guru, editor dan ahli sains.
#Beren and Luthien
#Christopher Tolkien
#JRR Tolkien
#Lord of the Rings
#meninggal dunia
#The Silmarillion
#Tolkien Society