Anak paksa Kajol buka akaun Instagram
Gempak
Disember 2, 2016 07:50 MYT
Disember 2, 2016 07:50 MYT
AKTRES popular Bollywood, Kajol, dipaksa oleh anaknya Nysa supaya memiliki akaun Instagram (IG) sendiri untuk berhubung dengan peminat.
Menurut Kajol, sebab utama Nysa menyuruhnya membuka akaun IG kerana dia seorang pelakon dan perlu mengikut trend terkini.
“Mula-mula Nysa duduk sebelah saya, dia paksa dan meyakinkan saya dengan pelbagai sebab kenapa perlu ada akaun IG.
“Dia kata, IG adalah medium media sosial yang sangat cepat dan terkini untuk berkongsi gambar dan sebagainya.
“Saya sempat bergurau dengan Nysa, kalau saya ada IG apa yang dia akan dapat?
“Nysa jawab saya kena hadiahkan dia iPhone 7 kalau saya bersetuju dengan cadangannya,” kata Kajol kepada portal The Times of India baru-baru ini.
Tambah Kajol lagi, hubungan dia dengan anaknya itu umpama sahabat baik dan sentiasa berkongsi apa jua masalah bersama.
“Saya dan Nysa selalu main solekan sesama sendiri, berkongsi cerita mengenai fesyen baju yang sesuai untuk di pakai ke mana-mana.
“Hubungan kami sangat rapat sehinggakan Nysa tidak malu untuk berceritakan masalah yang dihadapi.
“Saya juga terharu apabila Nysa kata saya adalah ibu dan seorang sahabat sangat disayangi,” katanya.