Anak Michael Jackson kini bergelar wartawan
Astro Awani
Februari 21, 2013 13:44 MYT
Februari 21, 2013 13:44 MYT
Anak sulung Michael Jackson, Prince kini bergelar wartawan hiburan untuk program "Entertainment Tonight".
Tugasan pertama Prince ialah temubual bersama pelakon dan pengarah filem "Oz the Great and Powerful".
Anak sulung dari tiga beradik ini menemubual James franco, Sam Raimi dan Zach Braff.
Prince turut memberitahu rakan pengacaranya, Brooke Anderson.
Dia memasang impian untuk bergelar penerbit dan pengarah suatu hari nanti.
Malah, remaja berusia 16 tahun itu juga ingin menjadi penulis skrip dan pelakon.