Anak kedua Nadiya Nisaa meninggal dunia dalam kandungan
Astro Awani
Ogos 1, 2016 08:15 MYT
Ogos 1, 2016 08:15 MYT
Anak kedua pelakon Nadiya Nisaa dilaporkan meninggal dunia di dalam kandungan pada Ahad.
Perkara itu disahkan suaminya, Saiful Razman Kasim ketika isterinya menjalani pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre.
Jenazah anaknya telah dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves.
Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon filem Redha dan Gila Baby ini dilaporkan berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut.