Anak jadi duta Maybelline, Shah Rukh Khan tumpang bangga

Agensi
April 15, 2023 14:58 MYT
Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta. - Instagram
SUHANA Khan, anak perempuan bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, diumumkan wajah baharu jenama gergasi kosmetik, Maybelline.
The Hindustan Times melaporkan Suhana adalah salah seorang daripada empat muka baharu yang dipilih Maybelline sebagai duta.
"Adalah satu penghormatan untuk menjadi duta jenama Maybelline selepas menjadi pengguna setia produk mereka, setiap satunya adalah menakjubkan," kata Suhana.
Shah Rukh Khan sendiri memuat naik video Suhana pada majlis pengumuman dengan lagu Pretty Woman daripada filemnya, Kal Ho Naa Ho dimainkan sebagai latar.
“Tahniah atas pelantikan sebagai duta Maybelline, anakku. Bijak berpakaian, bijak bercakap. Syabas dan jika saya boleh mengambil kredit, dia juga dibesarkan dengan baik!" tulis Shah Rukh Khan di Instagram.
Suhana merupakan anak kedua Shah Rukh Khan bersama isteri, Gauri. Pasangan itu juga memiliki dua anak lelaki, Aryan, 25, dan Abram, 9.
#Shah Rukh Khan #Suhana Khan #Maybelline #duta #Bollywood
;