Anak guru vokal Siti Hajar kritikal kemalangan di Lebuhraya DUKE

Gempak
November 30, 2016 08:51 MYT
Siti Hajar juga memohon mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH SWT. - Foto Facebook
ANAK bongsu guru vokal, Siti Hajar Ismail, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, kini kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya pada pagi Isnin.
Perkara tersebut dinyatakan Siti Hajar menerusi laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira jam 1.56 petang Isnin.
Menerusi Siti Hajar dalam statusnya, admin FB Siti Hajar memaklumkan kemalangan membabitkan Afif berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal Isnin.
Afif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami pendarahan otak.
Terbaharu, Afif dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pertama untuk memasukkan tiub bagi mengawal tekanan otaknya, namun beliau masih belum stabil.
Afif juga dijadulkan akan menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian otaknya, selepas sedar dari koma.
Kira-kira jam 6 petang Selasa, Afif dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan mengalami bengkak pada bahagian otak serta mengambil masa untuk sedar semula.
“Salam. Afif still critical. His brain swollen. Need some time to awake. Maybe lambat lagi untk sedar. And doctor need to let him in comma first. Jantung tak stable. Sama2 kita doakan.#prayforafif -Admin”
Siti Hajar juga memohon mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH S.W.T
#anak kemalangan #guru vokal #Siti Hajar
;