Anak digelar Kang Gary, Aaron Aziz sporting layan usikan peminat

Gempak
Januari 27, 2016 02:52 MYT
Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuat naik foto percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu. - Foto Instagram

PELAKON Aaron Aziz tidak kisah apabila anak pertamanya, Danish digelar Kang Gary kerana wajahnya dikatakan seiras pengacara Running Man itu.

Gelaran tersebut mula diberikan oleh peminat-peminat Aaron selepas aktor tersebut memuat naik foto percutiannya bersama keluarga di Paris tiga minggu lalu.
Tidak dinafikan, kebanyakan foto-foto Danish yang tersenyum dengan memakai topi dan baju sejuk itu membuatkan wajah anaknya persis Kang Gary.
Seakan-akan bersetuju dengan gelaran tersebut, Aaron kemudiannya telah memuat naik satu foto terbaru Danish dengan kapsyen berbunyi:
“Pretty @dwiarianaofficial, Kang Gary @danishanaqiofficial and their mommy, my queen @diyanahalik working hard since morning! Blessed Sunday is when I manage to spend time with my family.... #aaronazizfamily.” tulisnya.
Isterinya, Diyana Halik juga turut melayan usikan peminat suaminya dengan menggelarkan anak sulung mereka Kang Gary.
“Kang Gary spotted in Geneva.

#Aaron Aziz #Danish #Kang Gary #Running Man