Anak Che Ta lebih suka barang kemas daripada mainan

Gempak
Julai 5, 2019 16:00 MYT
Aishah Dhia Rana sememangnya sangat suka berdandan dan berhias seperti mana ibunya, Rozita Che Wan.
PELAKON Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana ketika dibawa ke kedai mainan.
Che Ta berkongsi momen tersebut menerusi posting terbaru di laman Instagramnya semalam.
Menurut Che Ta, Aaisyah tidak begitu menggemari barang permainan sebaliknya lebih tertarik dengan perhiasan.
“Bawa dia p (pergi) toys r us, tak heqan (hairan) pun nak beli apa. Dia ikut kami p @habibjewelsofficial, dia qeyau (keriau) nak qantai (rantai)… tak boleh keqap-keqap (kerap-kerap) bawak dia p @habibjewelsofficial.
“By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq (mengajar). Dia suka, dia minat, dia mau (mahu) apa yang dia nampak depan mata.
“Kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku, subang sampai ke bau (bahu), memang tu (itu) yang dia mau (mahu)!
“So, please tak payah nak komen macam-macam. Orang lain cara pun lain. Jangan ingat orang lain pun macam kita. Cara masing-masing berbeza. #takdakbendanakkomensimpanjaritu,” kongsinya.
#Aaisyah Dhia Rana #barang kemas #Che Ta #mainan #Rozita Che Wan
;