Anak Bill Gates bercinta dengan cucu Paul McCartney

Gempak
Jun 28, 2024 15:07 MYT
Phoebe dan Arthur dilaporkan mula menjalin hubungan sejak Oktober 2023 sewaktu bercuti bersama di Eropah. - Gempak
ANAK individu kelima terkaya dunia serta pengasas bersama Microsoft Corporation, Bill Gates dilaporkan sedang mabuk bercinta dengan cucu pesohor seni legenda, Paul McCartney.
Pasangan daripada tokoh terkenal itu mengumumkan hubungan asmara mereka sewaktu meraikan hari graduasi anak perempuan Gates, Phoebe, baru-baru ini.
“Kekasih saya, Arthur Donald meraikan hari bersejarah saya,” kata Phoebe yang merupakan graduan daripada Universiti Stanford.
Donald yang merupakan salah seorang cucu McCartney juga berkongsi foto dirinya bersama Phoebe.
Phoebe dan Arthur, 25, dilaporkan mula menjalin hubungan sejak Oktober 2023 sewaktu bercuti bersama di Eropah.
Phoebe merupakan anak bongsu Gates, 68, hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Melinda, 59. Mereka yang bercerai pada 2021 juga mempunyai dua orang anak iaitu Jennifer, 28, dan Rory, 25.
Arthur pula cucu pertama McCartney yang merupakan graduan dari Universiti Yale.
*Artikel disiarkan di Gempak
#anak Bill Gates #Bercinta #cucu Paul McCartney #Arthur Donald #Phoebe
;