Anak Azian Mazwan Sapuwan meninggal dunia

Astro Awani
Disember 16, 2019 13:16 MYT
Menurut Azian, jenazah anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain kini masih berada di Hospital Selayang. - Gambar Facebook
Penyanyi yang cukup terkenal sekitar era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan kehilangan anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain sekitar 11.30 pagi Isnin.
Allahyarham Mohammad Aqil menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Selayang.
Mengesahkan perkara itu, penyanyi lagu Cinta Embunan Pagi itu berkata, dia reda menerima pemergian anaknya itu ke rahmahtulllah.
Kata Azian, pada masa sekarang jenazah Allahyarham Aqil masih berada di hospital.
"Saya dan keluarga menerima berita dengan penuh reda," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Mohammad Aqil yang sudah mendirikan rumah tangga dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Kajang, Selangor pada 22 November lalu.
Sejak itu, Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Azian yang pernah menyertai program Gegar Vaganza terbitan Astro juga berkongsi berita duka itu di laman Instagram peribadinya.
Pada Sabtu, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian anak kedua penyanyi terkenal, Nora Ariffin, Allahyarham Muhammad Syakir Alif juga pada usia 20 tahun.
Allayarham Alif menghembuskan nafas terakhir secara mengejut selepas rebah di kediaman keluarganya di Kampung Tunku, Petaling Jaya.
BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia
BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
BACA: "Saya reda, Alif anak yang baik" - Nora Ariffin
#anak #Azian Mazwan Sapuwan #Hospital Selayang #Instagram #meninggal dunia #Mohammad Aqil Zulkarnain
;