Anak-anak balasan kepada apa kita buat semasa bujang dulu - Azhar Sulaiman
Gempak
Julai 27, 2022 12:44 MYT
Julai 27, 2022 12:44 MYT
PELAKON Azhar Sulaiman terus tenang dan tidak mudah melatah setiap kali anak perempuannya menjadi perhatian netizen dalam pelbagai aspek.
Tetap bersyukur dikurniakan zuriat yang punyai perangai dan cara masing-masing, akui Azhar yang membahasakan dirinya Mami, setiap keluarga juga punyai masalah sendiri.
"Syukur alhamdullilah Mami ada anak seperti Kasih Iris Leona.
"Ya, disuka pakai seksi… Dah cakap jangan seksi... Ya, tetap bergambar seksi….
"Setiap parent akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka.
"You name it lah, segala problem yang seorang anak boleh conteng arang kat parents dia," tulisnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.
Terdahulu, anak perempuannya, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil dengan pakaian yang didakwa kurang sopan.
Bagaimanapun, tambah Azhar, setiap perilaku anak-anak merupakan refleksi kepada kehidupan ibu bapa.
"Pada Mami, biarlah 'begini dari begitu'. It could have been worst kalau nak renung balik zaman muda Mami dulu.
"Anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu.
"Mami reda & hope I will be able to manage my family properly," panjatnya. -Gempak