Amyra Rosli kerugian RM240,000, diperdaya syarikat hiasan dalaman
Gempak
Februari 8, 2023 12:16 MYT
Februari 8, 2023 12:16 MYT
PELAKON Amyra Rosli mendakwa ditipu oleh seorang kontraktor yang diberi amanah untuk mengubah suai kediamanan kedua ibu bapanya.
Menurut Amyra, walaupun telah pun membuat bayaran lebih RM240,000 dan ralat dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit, namun dia tetap reda dengan nasib yang menimpa keluarganya.
“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat *** ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 ++ dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat…
“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai yang terkena dengan diorang.
“Ambil projek banyak-banyak and then terbengkalai… Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ni,” jelasnya. Amyra juga menganggap perkara yang berlaku itu sebagai ujian dan mempunyai hikmah tersendiri.
“Tak apalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia ni pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.
“Dan sekarang saya perlu mula balik dari awal dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah di sebaliknya.
“Mama dan ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni…Kita sama-sama kuat dan sabar okay.
“Insya-Allah, Allah mudahkan urusan kita #AmyraKenaScam,” kongsinya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mencadangkan agar Amyra mendedahkan nama individu tersebut supaya tiada lagi yang menjadi mangsa selain membuat laporan polis.
Antara komen diterima:
“Tak payah sorok nama syarikat tu biar semua orang tahu dan tak jadi mangsa lagi. Memang bala lah dia dapat scam orang bagai,”
“Kak buat laporan, kemudian minta PDRM sekat akaun bank dan SSM diorang, ni kes scam dah ni,”
“Kalau sampai hilang beratus ribu macam ni lebih baik letak je nama syarikat tu dan buat laporan polis.
Kalau ada gambar masa jumpa dorang sebelum teruskan nak ambil tu, tunjuk sekali.”
Terdahulu, selain Amyra antara selebriti lain yang pernah ditipu atau menjadi mangsa scam melibatkan pengubahsuaian rumah adalah Mark Adam.
Artikel asal disiarkan di Gempak