Amy Schumer tidak mahu berselfie dengan peminat?

Syafique Shuib
Mei 2, 2016 09:29 MYT
Amy Schumer berang apabila peminat rakam gambarnya walaupun diberitahu beliau tidak mahu gambarnya dirakam.
Selepas pertemuan yang kurang menyenangkan bersama seorang peminat, permintaan untuk merakam selfie bersama pelawak terkenal Amy Schumer mungkin akan menjadi lebih sukar.
Ini kerana seorang lelaki telah merakam gambar Schumer ketika beliau sedang berjalan-jalan di Greenville, South Carolina.
Permintaan Schumer untuk tidak mahu bergambar tidak dihiraukan oleh peminat itu.
“Saya meminta beliau untuk berhenti dan dia berkata ‘Ini Amerika dan kami membayar anda'.
“Ya, undang-undang di sini membenarkan anda untuk merakam gambar saya, tetapi saya sudah berkata tidak dan meminta untuk berhenti.
"Disebabkan perangai lelaki itu, saya kini tidak akan bergambar dengan sesiapa lagi,” kongsi Schumer di Instagram.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Schumer memuat naik lagi satu gambar dan berkata beliau akan tetap bergambar bersama para peminatnya jika ditanya dengan baik.
“Namun saya akan lebih memilih dan jika ia masa yang bersesuaian (untuk bergambar),” tulisnya lagi.
Schumer menerima pelbagai reaksi dari peminatnya.
Ada yang setuju dengan prinsip Schumer namun ada juga yang berkata ia merupakan satu pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang selebriti.
"Semasa tampil di khalayak ramai, anda tidak boleh mengharapkan untuk mempunyai kehidupan peribadi, dan tetap menerima ganjaran sebagai orang terkenal.
"'Peribadi' dan 'dikenali' merupakan dua status yang jauh berbeza. Anda harus memilih satu dan tidak boleh memilih kedua-dua sekali," tulis @tinacartee di Instagram.
#amy schumer #Kini Trending #peminat #selfie
;