Kami tahu Ammar ada ke kelab malam dan sebagainya. Dia pergi dengan izin dan pengetahuan kami,” jawab Zain Saidin mengenai anak tirinya, Ammar Effendy, 18, ke kelab malam baru-baru ini.
Ammar sebelum ini telah berkongsi fotonya bersama rakan-rakan berhibur di kelab malam di akaun Instagram.
Berikutan itu, foto tersebut telah mengundang pelbagai persepsi negatif daripada pengikutnya di Instagram.
Untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, Zain akui dia dan isteri Rozita Che Wan tidak pernah menghalang Ammar untuk keluar bersosial seperti ke kelab malam.
Namun menurut Zain, ia haruslah di bawah pengetahuan dia dan isteri.
"Beginilah, saya pun dulu pernah remaja. Ibu saya terbuka dalam segala hal dan saya dididik dengan cara terbuka. Lagipun anak-anak ni, lagi kita halang lagi mereka suka, lagi mereka nak buat.
"Jadi dalam hal ini saya dan Che Ta mengambil pendekatan menjadi lebih terbuka. Biarlah mereka rasa dan lalui sendiri pengalaman-pengalaman dunia luar. asalkan masih terkawal dan tidak melampaui batas.
"Lagipun mereka juga ada rasa ingin tahu," kata Zain yang ditemui di majlis pelantikannya sebagai model HotPerfumes, bertempat di hotel Concorde, Shah Alam, petang Khamis.
Bagaimanapun, kata pelakon yang popular melalui sitkom Oh! My English! ini, kebebasan yang diberikan kepada Ammar dan Aniq, tidaklah bermaksud kedua-dua anak tirinya itu boleh berbuat apa saja yang mereka suka yang membawa kepada akibat buruk atau sesuatu hal yang boleh mencemarkan nama baik dia dan Che Ta.
"Kalau dia buat apa-apa perkara yang kurang elok, bukan saja nanti kami sebagai ibu bapa yang terima kesan tapi dia sendiri juga akan terima akibatnya. Orang tetap akan kecam dan kritik dia.
"Dan andai kata kalau dia tersilap langkah sekalipun, dia sendiri yang dapat pengajaran daripada apa yang dia lakukan tu. Biarlah dia rasa (pengalaman) sendiri," jelasnya lagi.
Zain dilantik sebagai duta Hot Perfume selama setahun dan bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie Oh My English tidak lama lagi. -- Astro Gempak
Gempak
Sat Oct 04 2014
![Ammar pergi 'clubbing' minta izin daripada kami - Zain Saidin Ammar pergi 'clubbing' minta izin daripada kami - Zain Saidin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41412321753_295x200.jpg)
Ammar (dua dari kiri) sebelum ini telah berkongsi foto dia bersama rakan-rakan berhibur di kelab malam di akaun Instagramnya. - Foto HLive
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51489644003_spm-header.jpg)
Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM
Astro Gempak senaraikan selebriti terkenal tanah air yang pernah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.