Amitabh Bachchan disahkan negatif COVID-19, dibenarkan pulang selepas 3 minggu

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 2, 2020 23:16 MYT
Amitabh sebelum ini disahkan positif COVID-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan. -Gambar fail/Facebook
BINTANG tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif COVID-19 dan sudah didiscaj dari hospital.
Menerusi perkongsian di akaun Twitternya, beliau memaklumkan sudah dibenarkan pulang selepas dikuarantin sebelum ini kerana disahkan positif COVID-19.
Amitabh turut berkongsi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Nanavati, beliau dijaga rapi oleh petugas kesihatan di pusat perubatan itu sehingga dia disahkan pulih sepenuhnya.
"Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian di rumah.
"Saya juga bersyukur atas penjagaan rapi oleh Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan hari ini," jelasnya.

T 3613 - I have tested CoVid- have been discharged. I am back home in solitary quarantine. Grace of the Almighty, blessings of Ma Babuji, prayers & duas of near & dear & friends fans EF .. and the excellent care and nursing at Nanavati made it possible for me to see this day . pic.twitter.com/76jWbN5hvM

— Amitabh Bachchan (@SrBachchan) August 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Amitabh Bachchan, anaknya Abishek positif COVID-19
Amitabh sebelum ini disahkan positif COVID-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.
Terdahulu, Amitabh dan anak lelakinya, Abhishek Bachchan disahkan positif dan sehari kemudian menantu dan cucunya, Aishwarya Rai dan Aradhya juga disahkan dijangkiti virus itu.
BACA: Aishwarya Rai, anak perempuan juga positif COVID-19
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibenarkan discaj lebih awal berbanding Amitabh.
#Abhishek Bachchan #Aishwarya Rai #Amitabh Bachchan #Bollywood #COVID-19 #kesihatan #positif
;