Amanda Imani kembali dengan dua lagu baharu
Astro Awani
Januari 24, 2013 08:37 MYT
Januari 24, 2013 08:37 MYT
Pengalaman menulis lirik dan mencipta lagu memberi hala tuju baru buat Amanda Imani.
Penyanyi muda ini tampil dengan dua single baru "Fobia Cinta" dan "Like A Boss".
Masih hijau dalam industri seni, Amanda menimba pelbagai pengalaman selama tiga tahun bergelar penyanyi.
Berbakat menulis lagu sejak berusia 14 tahun, karya Amanda pernah menerima beberapa anugerah berprestij.
Antaranya anugerah bakat termuda terbaik di "World Association Festival and Artist" dan "International Music Festival Discovery".
"Fobia Cinta" diterbitkan oleh Dennis Lau manakala 'Like A Boss' dihasilkan sepenuhnya oleh Amanda mengambil ilham pengalaman hidupnya.