ALW 2014: Jep Sepahtu pertahan gelaran, Sharifah Sakinah singkir Jihan Muse

Gempak
September 20, 2014 01:10 MYT
Jep kekal gelaran manakala kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai
Tamatlah sudah anugerah lawak paling berprestij di Malaysia, Anugerah Lawak Warna 2014 (ALW 2014) yang berlangsung pada Jumaat di Teater Selangor, Shah Alam.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:
Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool
Pengarah Komedi Terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Karoot Komedia Raya
Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Bila Joyah Dah Goyah
Filem Komedi Terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi
Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah Utama): Sharifah Sakinah
Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah Utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.
Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.
Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.
Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.
Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).
Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.
Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan.
Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.
Anugerah tersebut dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
#Anugerah Lawak Warna 2014 #Jep Sepahtu #Maharaja Lawak Mega #Sharifah Sakinah