Alunan 'Nothing Compares 2U' dalam 'versi baharu' Sinead O'Connor

Agensi
September 7, 2019 14:34 MYT
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2 U dan The Pogues Rainy Night in Soho - Gambar Twitter @RTEOne
PENONTON sebuah program bual bicara lewat malam, The Late Late Show, pada Jumaat terpukau menyaksikan penyanyi legenda Sinead O'Connor kembali beraksi.
Mengalunkan lagu popularnya, Nothing Compares 2U, penyampaiannya kali itu dikatakan lebih bermakna dan mendalam penghayatannya, memandangkan lirik lagu itu disampaikan dalam pemahaman yang berbeza.
Pada tahun lalu, penyanyi asal Ireland yang popular sekitar tahun 80-an dengan imej berkepala botak itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam.
Malam itu, Sinead yang tampil dalam dres merah labuh dan berhijab, berkongsi dengan hos rancangan berkenaan, Ryan Tubridy, mengenai pengunduran dirinya dari industri muzik kerana dia ingin menumpukan perhatian kepada dirinya sendiri.
BACA: Sinead O'Connor peluk Islam, umum nama baharu
BACA: 'Saya perempuan tua, hodoh tapi ...' - Sinead O'Connor
BACA: Penyanyi Sinead O'Connor rakam pengakuan mahu bunuh diri
Pada masa sama, dia juga berkongsikan juga mengenai kisahnya memeluk agama Islam dan bagaimana perubahan itu berlaku.
"Jika anda mengkaji al-Quran, anda semua akan menyedari bahawa anda sebenarnya seorang muslim sepanjang hidup anda.
"Saya membesar di Ireland yang sangat berbeza dengan apa yang ada sekarang, negara yang tertindas dan bila bercakap pasal agama semuanya kacau bilau," katanya berkongsikan kisah hidupnya di program bual bicara tersebut kepada Tubridy.
Sinead hadir dengan imej berhijab dan menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Nothing Compares 2U dan The Pogues 'Rainy Night in Soho.'
Persembahan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang begitu merindui nyanyian daripada Sinead.
Ini antara reaksi peminat-peminat di laman sosial.

Sinead OConnor - strong, talented, fearless. Ive only realised how much as Ive become older. A woman full of kindness and integrity - I hope she knows how much she is loved https://t.co/lV83RGrNDX

— Clíona Ní Mhocháin (@Cliona_Ni_M) September 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sinéad O'Connor melts hearts on Late Late Show https://t.co/lQERql2gxf

— Marc Smolowitz (@marcsmolowitz) September 7, 2019The world is on fire but Sinéad OConnor is finally enjoying the happiness and peace she deserves so everything will be okay.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
— Stephie Mac Giolla Fhiondain (@steffimca) September 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Take 5 minutes out of the mayhem today to watch this incredible performance by Sinead OConnor with a just magical orchestral accompaniment @MagdaDavitt77 #chills https://t.co/wa3IHf93lQ

— Ailín Rogers (@ailsybird) September 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekitar Oktober tahun lalu, penyanyi berasal dari Ireland itu meninggalkan agama Kristian untuk memeluk agama Islam, dan menukar namanya kepada Shuhada' Davitt.
Pendedahan tersebut dikongsi penyanyi tersebut menerusi akaun Twitter mliknya.

Great to have #sineadOConnor back. Heart-breakingly beautiful performance. And that little smile at the end. #LateLate pic.twitter.com/s7MxLjY0ht

— Ellie Byrne (@Eeebee1) September 6, 2019#SineadOConnor how stunningly beautiful this is. Happy she is back. https://t.co/C3kHQ286MY
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
— SarahI (@sarah_ironside) September 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Not only does she still have it, but, she has it in spades. We dont deserve this but she gave it to us anyway. Goosebumps. #Sineadoconnor #latelate https://t.co/YdzkCWIRsd

— Ciara McShane (@Ciara87C) September 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#artis #hijrah #late late show #peluk islam #penyanyi 80-an #selebriti #sinead o'connor