'Allah SWT makbulkan doa kalian semua' - Alif Satar umum isteri, anak negatif COVID-19
Asyraf Roslan
November 24, 2020 08:56 MYT
November 24, 2020 08:56 MYT
PELAKON dan pengacara Alif Satar memaklumkan isteri dan anak-anaknya bebas daripada virus COVID-19.
Berita baik itu dikongsikan Alif melalui kemas kini di akaun Instagramnya awal pagi Selasa.
Pengacara program Big Stage itu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan keselamatan dia dan keluarganya.
"Allah SWT makbulkan doa kalian semua.
"Alhamdulillah isteri dan anak-anak Alif bebas daripada COVID-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.
"Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan WhatsApp.
"Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan-tuan dan puan-puan sekalian."
Pada Ahad, penyanyi yang popular dengan lagu "I Want You to Love Me" itu memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Melaka.
Selain Alif, Ibu, bapa serta adiknya juga dimaklumkan turut dijangkiti dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital.
#Alif Satar
#COVID-19
#Pengacara Big Stage
#negatif COVID-19
#isteri dan anak-anak
#Instagram
#ujian saringan