All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Asyraf Roslan
Oktober 30, 2023 09:30 MYT
Oktober 30, 2023 09:30 MYT
SHAH ALAM: Perjalanan Zamani dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu keenam.
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.
Hanya memperoleh 56.50 peratus markah, Zamani berada di tangga tiga terbawah bersama Aliff Aziz (62 peratus) dan Noryn Aziz (63 peratus).
Sementara itu, persembahan bertenaga daripada Liza Hanim berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dengan markah sebanyak 76.75 peratus.
Selain Liza turut berada ditangga tiga teratas Hady Mirza dengan 76.50 peratus dan Azharina (75.25%).
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Untuk minggu ketujuh 12 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu bertemakan Kau Ilhamku.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.