All Stars GV: Perjalanan Datuk Aishah tamat di minggu keempat

Asyraf Roslan
Oktober 16, 2023 08:15 MYT
Menerusi persembahan lagu Terlanjur Cinta bersama Vince, Aishah hanya mampu memperoleh 43.75 peratus markah daripada juri tetap. - Gambar Astro AWANI/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Aishah harus menerima kenyataan apabila menjadi peserta ketiga yang tersingkir untuk minggu keempat.
Keputusan tersebut diumumkan semasa segmen Ada Lagu,Ada lagi dan menyaksikan tiada lagi lagu yang dikeluarkan untuk Datuk Aishah.
Menerusi persembahan lagu Terlanjur Cinta bersama Vince, Aishah hanya mampu memperoleh 43.75 peratus markah daripada juri tetap.
Selain Aishah, turut berada di tangga tiga terbawah Siti Nordiana (49.75 peratus) dan Hady Mirza (60.25 peratus).
Pada masa sama, konsert keempat ASGV menyaksikan tiga peserta yang berada di kedudukan tiga teratas iaitu Noryn Aziz, Liza Hanim dan Ayai.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Untuk minggu kelima 13 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu bertemakan Misteri.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
#Datuk Aishah #All Stars Gegar Vaganza #All Stars GV #Aishah terkeluar
;