All Stars GV: Hardy Mirza rampas kedudukan Liza Hanim, Ezad Lazim tersingkir

Asyraf Roslan
November 6, 2023 09:50 MYT
Menyanyikan lagu Seksa nyanyian asal Ukays, Ezad hanya memperoleh 58 peratus markah daripada juri tetap. - Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Gagal menambat hati juri dengan persembahannya, perjalanan Ezad Lazim dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) akhirnya terhenti.
Menyanyikan lagu Seksa nyanyian asal Ukays, Ezad hanya memperoleh 58 peratus markah daripada juri tetap.
Selain Ezad turut berada di tangga tiga terbawah adalah Aliff Aziz (60%) dan Nikki Palikat (59.75%)
Persembahan penutup yang mantap daripada Hardy Mirza berjaya memberinya kedudukan pertama sekali gus merampas kedudukan tersebut daripada Liza Hanim.
Selain Hardy, Jaclyn Victor dan Liza Hanim turut berada di tangga tiga teratas masing-masing dengan markah 75.75 peratus dan 70.25 peratus.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Untuk minggu kelapan, 10 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu yang dipilih oleh ketua juri, Datuk Ramli MS.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
#All Stars Gegar Vaganza #Ezad Lazim #ASGV
;