All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana minta maaf, peminat pujuk mohon kuat semangat

Gempak
Oktober 17, 2023 13:32 MYT
Nana melakukan tugasan duet bersama penyanyi, Amir Masdi dan mendendangkan lagu hit popular dari Indonesia iaitu Ada Apa Dengan Cinta? -Gempak
BINTANG All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana memohon maaf sekiranya persembahannya di minggu keempat kurang memuaskan hati peminat.
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana membuat permohonan maaf itu secara terbuka menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
“Nana minta maaf. Insya-Allah will come back stronger. Terima kasih @amir.masdi sudi jadi partner duet kak Nana,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan memujuk Nana supaya kuat semangat serta jangan putus asa.
“Tak mengapa, seorang penghibur diminati kerana genre yang selesa dengan seseorang artis tu.
"Nama pun pertandingan. Adat bertanding, kejap atas kejap bawah ikut rezeki. Yang penting usaha.
"Persembahan Nana sentiasa ditunggu, itu pun rezeki tau,” tulis @awinseindahwajah
“Kakak sayang please come back. Saya sentiasa bangga dengan kak Nana, love you always.
"Janganlah cakap sorry, kak Nana kena bangkit buat yang the best minggu depan,” tulis @syusyu_snd
Nothing to sorry dear. Keep fighting. Terus ke depan. Jangan patah semangat okey. You did good job last night.
"Cuma rezeki tidak memihak untuk malam tadi. Fight for better performance next week! Fighting Nana!” @nurfari_rashid
Terdahulu, dua juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang menyatakan rasa kurang berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh Nana.
Nana melakukan tugasan duet bersama penyanyi, Amir Masdi dan mendendangkan lagu hit popular dari Indonesia iaitu Ada Apa Dengan Cinta?
Bagaimanapun, Ramli menyifatkan persembahan duet tersebut sebagai berat sebelah.
Minggu keempat GV10 menyaksikan Aishah yang menyampaikan lagu Terlanjur Cinta duet bersama Vince menjadi bintang ketiga yang tersingkir.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
#All Stars Gegar Vaganza #Siti Nordiana #Nana #persembahan di minggu keempat #permohonan maaf
;