All Stars Gegar Vaganza: Perjalanan Cliff Umar dan Suki Low terhenti di minggu kedua

Asyraf Roslan
Oktober 2, 2023 12:51 MYT
Cliff dan Suki diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir. - Foto Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Perjalanan Suki Low dan Cliff Umar di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu kedua.
Cliff dan Suki diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir semasa segmen “Ada Lagu Ada Lagi” yang menyaksikan tiada lagi lagu yang disiarkan untuk mereka.
Persembahan mereka gagal menambat hati juri tetap sekali gus meletakkan mereka berdua di kedudukan ketiga terendah bersama Ezad Lazim.
Sementara itu, konsert kedua ASGV menyaksikan tiga peserta yang berada di kedudukan tiga teratas iaitu Azharina, Jaclyn Victor dan Hady Mirza.
Kesemua 16 peserta akan diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Minggu depan peserta yang masih kekal akan membawa lagu bertema Putar Kanan Kiri.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlien dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
#All Stars Gegar Vaganza #Gegar Vaganza #Suki Low #Cliff Umar #Tersingkir
;