All Stars Gegar Vaganza: Nikki Palikat terselamat, minggu ‘Funfair Tok Ram’ tiada penyingkiran!
Gempak
November 12, 2023 07:45 MYT
November 12, 2023 07:45 MYT
TUAH masih berpihak pada Nikki Palikat yang berada di kedudukan tercorot pada konsert kelapan All Stars Gegar Vaganza yang akhirnya terselamat daripada penyingkiran!
Ketika diumumkan lagu terakhir iaitu Drama King, Nikki seakan-akan menghela nafas lega kerana berjaya meloloskan diri untuk ke konsert seterusnya pada minggu hadapan.
Selain Nikki, penyanyi jazz Noryn Aziz turut berada di kedudukan bahaya pada minggu ini.
Manakala, bintang lelaki mendominasi kedudukan pertama hingga keempat dimulai oleh Aliff Aziz, Naqiu, Tomok dan Hady Mirza sekali gus menempah tempat selesa di minggu kelapan.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. - Gempak