Aliff Syukri promosi lagu 'Abang Nak Tegur' di Sepanyol

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 2, 2017 07:04 MYT
Lagu 'Abang Nak Tegur' menerima kritikan peminat industri muzik tanah air apabila video klip terbabit turut menampilkan seorang lagi pengusaha produk kecantikan Nur Sajat. -YouTube KRU Music
SELEPAS menerima kritikan di media sosial, Datuk Aliff Syukri melebarkan bakat nyanyiannya ke luar negara.
Destinasinya adalah Sepanyol.
Lagu 'Abang Nak Tegur' menerima kritikan peminat industri muzik tanah air apabila video klip terbabit turut menampilkan seorang lagi pengusaha produk kecantikan Nur Sajat.
"Lagu ini memang menerima dugaan yang terlalu banyak, walaupun menerima tontonan lebih 1.5 juta dalam masa lima hari.
"Tetapi menerima 'unlike' yang terlalu banyak, jadi saya nak 'build up' balik lagi ini supaya lebih ramai orang suka," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA malam tadi.
YouTube KRU Music
Aliff Syukri dijadual berada di Madrid, Sepanyol bagi kerja promosi lagu tersebut.
MenurutAliff Syukri, beliau menghormati keputusan peminat dan kini beliau mahu membuktikan beliau mampu bersinar dalam industri terbabit.

@501Awani 'Abang Nak Tegur' datuk @aliff_syukri ke Sepanyol pic.twitter.com/HrTyYmKmKO

— Syah Hairizal (@syahhairizal) December 2, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Abang Nak Tegur" yang diterbitkan KRU Music telah menerima lebih sejuta tontonan di YouTube selepas 10 hari dipaparkan.
#Abang Nak Tegur #Datuk Aliff Syukri #KLIA #KRU MUSIC #Sajat #Sepang
;