Aliff Syukri 'kantoikan' Fasha Sandha bakal bernikah?

Sinar Harian
Oktober 18, 2018 09:42 MYT
Walaupun kini, Fasha memberitahu dirinya belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil namun rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan mereka. - Gambar fail
PENGUSAHA kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan seakan pelakon jelita Fasha Sandha dikatakan bakal berkahwin dengan Mohd Aidil Abdul Aziz atau lebih dikenali Aidil Aziz.
Beliau telah memberi maklum balas di Instagram milik Fasha Sandha dengan kata-kata 'manis bakal ...
Malah entri itu turut disambung oleh peminat, Zahra_zahin dengan kenyataan bakal pengantin ya datuk...
Malah disambut netizen, tynachacha 'manis kak bakal pengantin..amin'.
Walaupun kini, Fasha memberitahu dirinya belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil namun rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan mereka.
#Aidil Aziz #Aliff Syukri #Fasha Sandha #kosmetik #Mohd Aidil Abdul Aziz #netizen #Pengantin