Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara

Faida Rahim
Julai 3, 2024 10:55 MYT
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu. - Gambar Gempak
KUALA LUMPUR: Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.
Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dariJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Mond Nahar Mohamad dan Masroha Duki.
Pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya iika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Sallen dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.
Kes akan disebut semula pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk Aliff dan Ruhainies juga dikekalkan.
#khalwat #Aliff Aziz #Ruhainies #Bella Astilah
;