Aliff mohon semua pihak maafkan kesilapan ibu

Astro Awani
Julai 5, 2014 17:41 MYT
Aliff mohon semua pihak maafkan kesilapan ibu
Anak tunggal Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Omar Ali meminta semua pihak memaafkan semua kesilapan yang dilakukan ibunya dan berharap mereka berdoa untuk arwah.
Aliff bersyukur kerana ibunya selamat dikebumikan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaan ibunya.
GALERI FOTO : Perginya Biduanita Negara: Datuk Sharifah Aini
Menurut Aliff, ibunya ada meninggalkan pesan buatnya dan keluarga tetapi ia terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di Madinah berkata, beliau secara kebetulan kembali ke tanah air untuk bercuti selama tiga bulan.
#Aliff Omar #Sharifah Aini
;