Aliff Aziz kehilangan orang tersayang

Mingguan Wanita
Februari 24, 2022 16:25 MYT
Nenek Aliff, Rahmah Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari dan cukup meninggalkan kesan buat juara Gegarvaganza musim kelapan itu. - Foto Instagram Aliff Aziz
"DOAKAN semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang.
Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Nenek Aliff, Rahmah Ismail, 82, disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari dan cukup meninggalkan kesan buat juara Gegarvaganza musim kelapan itu.
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa jemaah mengerjakan ibadah umrah dan haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan
juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah. Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
#Aliff Aziz #nenek meninggal dunia #Gegarvaganza musim kelapan #Rahmah Ismail
;