Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry
Astro Awani
Januari 31, 2013 09:55 MYT
Januari 31, 2013 09:55 MYT
Penyanyi Alicia Keys semalam dinamakan sebagai pengarah kreatif global Blackberry, dahulunya dikenali sebagai RIM.
Berita tersebut diumumkan oleh Thorsten Heins, Ketua Pegawai Eksekutif firma teknologi Kanada itu, sewaktu majlis pelancaran Blackberry Z10.
"Saya terpesona dengan teknologi. Saya sentiasa mahu bekerja secara langsung dengan syarikat teknologi, "kata Keys, mengikut satu laporan di mashable.com.
"Saya mahu melakukan sesuatu di mana saya boleh berkembang secara profesional dan peribadi."
Keys turut berkata yang dia ialah pengguna BlackBerry sebelum ini tetapi mula bereksperimen dengan telefon pintar yang lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun dia menambah kini dia telah kembali ke Blackberry.
"Sekarang kami secara eksklusif telah bersatu kembali, dan saya sangat gembira," katanya.
Penyanyi itu juga telah menghantar tweet melalui Blackberry baru beliau di Twitter:
"First official tweet from my new #BlackBerry10 baby!!!;-) (Tweet rasmi pertama daripada bayi baru saya #BlackBerry10) ;-) # keepmoving # forwardthinking pic.twitter.com/2P0AlMMH!!"
Keys bukan selebriti pertama yang telah diberikan peranan sebagai pengarah kreatif. Intel telah menggunakan khidmat ahli kumpulan muzik Black Eyed Peas iaitu will.i.am sebagai "pengarah inovasi kreatif" dan POLAROID pula mengumumkan pelantikan Lady Gaga sebagai pengarah kreatif pada tahun 2010.
Suami Key, pengeluar rekod Swizz Beatz, dinamakan pengarah kreatif Lotus Cars pada tahun 2011.