"Alhamdulillah, saya okay" - Hafidz tenang, sedia sebutan kedua kes pertuduhan, cederakan isteri
Gempak
Jun 9, 2023 11:00 MYT
Jun 9, 2023 11:00 MYT
PELAKON Hafidz Roshdi kelihatan tenang ketika tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi sebutan kedua kes pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada pada 13 Mac lalu.
Hafiz atau Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29 tiba di mahkamah pada jam 9 pagi tadi sebelum masuk ke mahkamah diiringi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.
Hafiz yang hadir dengan memakai jaket coklat dan berkopiah putih memberitahu, dia berada dalam keadaan baik dan enggan memberikan sebarang komen berhubung prosiding hari ini.
“Alhamdulilah saya baik-baik saja, semuanya okay kalau nak tahu apa-apa boleh tanya peguam nanti,” kata Hafidz ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini. - Gempak
#Hafidz Roshdi
#kes mahkamah Hafidz Roshdi
#Hafidz didakwa cederakan isteri
#Nurul Shuhada Mat Shukri