'Alhamdulillah, Allah panjangkan usia perkahwinan kami' - Almy Nadia
Gempak
April 29, 2019 11:17 MYT
April 29, 2019 11:17 MYT
PELAKON, Datin Almy Nadia akui bersyukur kerana dipanjangkan usia perkahwinan bersama suami kesayangannya, Datuk Fizz Fairuz.
Almy memuat naik ucapan tersebut menerusi akaun Instagramnya sempena memperingati ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
“Baru free sikit nak upload hihihi. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia kami… Allah panjangkan usia perkahwinan kami.
“26/4/19 genap usia perkahwinan kami yang ke -5 dan 27/4/19 genap usia kami 33tahun... Empat orang anak semua girl.
“Terima kasih mak sebab lahirkan kakak. Terima kasih suami kerana menerima diriku seadanya.
“Terima kasih keluarga mertua yang menerima diriku masuk dalam family, terima kasih yang wish dan mendoakan kami sekeluarga. Murah rezeki semua,” tulisnya.