Album kedua Blackpink ungguli carta iTunes di 54 buah negara

Agensi
September 19, 2022 13:16 MYT
Album Shut Down membawa pembaharuan dengan mempamerkan keyakinan berbeza dari setiap anggota kumpulan itu. Gambar/Instagram/blackpinkofficial
SEOUL: Album kedua kumpulan muzik K-Pop popular Blackpink, Born Pink mengungguli juara carta iTunes di 54 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Memetik laporan CNA, album yang menampilkan sebanyak lapan buah lagu termasuk lagu hit, Pink Venom kekal menjadi pilihan tertinggi pendengar di seluruh dunia.
Menurut kenyataan label rakaman Blackpink, YG Entertainment, album Shut Down membawa pembaharuan dengan mempamerkan keyakinan berbeza dari setiap anggota kumpulan itu.
Single dan muzik video baharu, Shut Down dilancarkan pada hari yang sama. Lagu itu menceritakan perjalanan awal mereka dalam industri sehingga berjaya menempa kemasyuran di seluruh dunia sehingga berjaya menarik perhatian pendengar di 43 buah negara dengan menjuarai carta iTunes,” kata YG Entertainment.
Blackpink yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa kali terakhir muncul dengan album penuh pada Oktober 2020 berjudul The Album.
Dalam pada itu, Blackpink akan memulakan konsert siri jelajah Born Pink mereka di Seoul pada 15 Oktober depan dan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun depan.
#BLACKPINK #Born Pink #Shut Down Blackpink #YG Entertainment
;