Album BTS Map Of The Soul: Persona dilancar serentak seluruh dunia

Astro Awani
April 12, 2019 15:51 MYT
Map Of The Soul: Persona ialah kesinambungan LP yang diterbitkan pada 2018 Love Yourself Tear, yang menduduki tangga teratas carta Billboard.
BINTANG mega K-pop, BTS melancarkan album terbaharu Map Of The Soul: Persona secara serentak di seluruh dunia pada Jumaat.
Turut dilancarkan album versi strim dan digital yang sudah boleh didapati di aplikasi striman sejak lewat Jumaat.
Album berkenaan ditunggu-tunggu peminat BTS seluruh dunia, lebih-lebih lagi apabila ia turut menyaksikan kolaborasi BTS dengan bintang-bintang global seperti Ed Sheeran dan Halsey.
Sheeran terlibat sebagai pencipta lagu "Make It Right," sementara Halsey tampil menerusi "Boyfriend Luv".
Sementara itu, menerusi satu kenyataan, BTS berkata mereka mencari kekuatan dan kebahagiaan dalam setiap detik kehidupan.
Katanya, peminat memberikan mereka begitu banyak kasih sayang dan kini kumpulan itu mahu mengenali mereka dengan lebih rapat.
"Kami penuhi album ini dengan perasaan yang sungguh tulus!"
Map Of The Soul: Persona ialah kesinambungan LP yang diterbitkan pada 2018 Love Yourself ‘Tear’, yang menduduki tangga teratas carta Billboard.
#ARMY #BTS #bts jamais vu lyrics #bts mikrokosmos lyrics #dionysus bts lyrics #dionysus lyrics #Ed Sheeran #Helsey #make it right bts lyrics #make it right lyrics #Map of the Soul Persona #mikrokosmos lyrics