Alami kemurungan, Kang Daniel direhatkan
Asyraf Roslan
Disember 5, 2019 12:55 MYT
Disember 5, 2019 12:55 MYT
"SAYA sangat penat, kenapa perkara ini terlalu sukar?"
Itulah luahan penyanyi K-Pop, Kang Daniel yang mengakui mula berasa tertekan selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Menurut laporan media antarabangsa, penyanyi yang popular dengan lagu Days Without You itu dia sangat berharap ada seseorang yang dapat membantu mengembalikan semangatnya.
Dalam masa sama, dia juga bersedih apabila ahli keluarganya turut menjadi mangsa dan menerima kecaman dan cacian di laman sosial.
Komen-komen tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupannya sehingga menyebabkan dirinya kemurungan.
Agensi yang menguruskan kerjaya seni Kang Daniel, KCONNECT Entertainment pula memutuskan untuk merehatkan penyanyi terbabit dari gelanggang seni.
Keputusan itu dibuat disebabkan penyanyi berkenaan dikhabarkan mengalami masalah kesihatan.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, Kang Daniel turut ke hospital selepas kesihatannya bertambah tenat.
Ternyata, penyanyi itu mengalami penyakit mental dan perlukan rawatan serta rehat.