Alami jangkitan kuman, peminat doakan Janna Nick cepat sembuh

Gempak
Oktober 27, 2017 14:26 MYT
Sheila memuat naik gambar Janna yang terlantar di hospital selepas dijangkiti kuman pada paru-paru.
PEMINAT industri seni tanahair terkejut apabila mendapat tahu pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik Janna Nick dimasukkan ke sebuah hospital akibat mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Rata-rata peminat mengakui terkejut apabila gambar Janna yang dimasukkan ke hospital dikongsi dan dimuat naik di akaun Instagram (IG) penerbit Sheila Rusly.
Gambar yang dimuat naik itu menunjukkan Janna yang sedang terlantar dan berehat di atas katil hospital dalam keadaan lemah.
"Semoga cepat sembuh dan saya doakan agar Janna dapat pulih sepenuhnya," tulis Sheila.
Para peminat juga mengambil peluang mendoakan agar Janna cepat sembuh.
@ainsuji: 'Semoga cepat sihat sis @jannanick! Rehat cukup-cukup ok. Be strong.
@mzdieyaa_1509: 'Semoga cepat sembuh Jannah, dan selepas ini dapat mempunyai rehat yang cukup dan jangan sibuk kerja sahaja.
@nadiah_chik288: 'Semoga @jannanick cepat sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang sihat walafiat selalu. Aamiin.
@Cian ny: 'Semoga @jannanick Cepat Sembuh. Sakit itu penghapus segala dosa..Diharapkan semuanya dalam keadaan selamat.
Menerusi sebuah portal hiburan, Janna dilaporkan terkena jangkitan paru-paru iaitu Mycoplasma Pneumoniae dan akan terus ditahan di wad sehingga doktor berpuas hati dengan keadaannya.
#Hospital #Instagram #Jangkitan kuman pada paru-paru #Janna Nick #peminat #penerbit #Sheila Rusly
;