"Al-Fatihah mak, tenanglah di sana" - Nourul Depp imbau kenangan bersama ibu
Gempak
Ogos 2, 2019 12:49 MYT
Ogos 2, 2019 12:49 MYT
PENYANYI Nourul Depp mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang ibu, Salmah Ibrahim yang sangat baik buat dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul berkongsi semula gambar dan kenangan bersama arwah ibunya.
"Hari ni genap 16 tahun mak tinggalkan kami sekeluarga. Terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami, anak-anakmu seramai 15 orang.
"Terima kasih ya Allah pinjamkan seorang emak yang sangat penyabar dan baik kepada kami sekeluarga. Terima kasih bagi hambamu ini merasa kasih ibu sepanjang 26 tahun aku hidup.
"Terima kasih ciptakan seorang insan seperti emak kami yang bernama Salmah Ibrahim. Yang banyak berjasa sepanjang usianya sepanjang bertugas merawat pesakit pesakitnya.
"Anugerahkan syurga buat ibuku ya Allah. Kerana dia layak selayaknya (di mata ku).
"Ampunkan dosa dosanya walaupun sebesar zarah. Ini kasih dan rindu yang tidak berpenghujung. Cinta yang sebenarnya ialah cinta dan kasih ibu. Real love.
"Tidak akan luput walaupun mereka tidak lagi di bumi ini. Al-Fatihah Mak. Tenanglah di sana," tulisnya.
Nourul juga gembira kerana sempat menghabiskan masa kualiti bersama arwah ibunya di Tanah Suci Makkah.
"Gambar ni masa kami pergi Makkah dengan mak kami tahun 2000. Masa tu tuhan saja yang tau betapa bahagianya kami dapat spend seminggu dengan mak sepenuhnya. Dapat jadi seperti kami kecik dulu.
"Dapat rasa masa remaja dengan mak yang mana masa remaja kami kami habiskan di sekolah dan juga bekerja sebagai penyanyi . Lepas tu kahwin.
"Lagilah jauh dengan mak. So kat Makkah tu the best moments! Alhamdulillah dapat rasa. Lepas setahun balik Makkah, arwah meninggal," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Nourul dan turut menitipkan mendoakan buat emaknya.
Untuk rekod, Nourul berkahwin dengan suaminya, Eric Daniel Depp yang merupakan seorang lelaki warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Mereka turut dikurniakan dua orang anak lagi iaitu Zachary Depp dan Raphael Deep bersama seorang anak perempuan, Isabella Depp.
Untuk perkahwinan sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007 dan dikurniakan seorang anak, Ayu Nazirah.
#Eric Daniel Depp
#haopuskan dosa
#Instagram
#Makkah
#minta ampun
#Nourul Depp
#perkahwinan
#Salmah Ibrahim
#Tanah Suci
#terkenang ibu