Aktres Hollywood Debbie Reynolds meninggal dunia

Astro Awani
Disember 29, 2016 10:38 MYT
Debbie Reynolds meninggal dunia pada usia 84 tahun - Gambar AP
Sehari selepas aktres Hollywood, Carrie Fisher menghembuskan nafas terakhir, hari ini, ibunya yang juga aktres ternama Debbie Reynolds pula meninggal dunia ketika usianya 84 tahun.
Beberapa jam selepas bintang tersohor itu rebah di kediamannya di Beverly Hills dan dikejarkan ke hospital, anak lelaki beliau Todd Fisher dipetik sebagai berkata kepada Variety;"Mendiang mahu bersama-sama dengan Carrie".
Semalam, Fisher yang dikenali dengan watak Princess Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" dalam usia 60 tahun dipercayai akibat serangan jantung.
#Carrie Fisher #debbie reynolds #Hollywood
;