Aktres Bollywood Mallika Sherawat punca rumah tangga Antonio Banderas berantakan?
Astro Awani
Jun 29, 2014 17:04 MYT
Jun 29, 2014 17:04 MYT
Aktres Bollywood Mallika Sherawat dikhabarkan berang dengan dakwaan dia menjadi punca rumah tangga aktor Hollywood, Antonio Banderas dan Melannie Griffith berantakan sehingga membawa kepada penceraian.
“Tolonglah hormati ruang peribadi saya” rayu Mallika menerusi laman sosial Twitternya.
Nama Mallika melonjak menerusi filem Khwahish pada tahun 2003. Aktres itu juga pernah dilihat menari bersama Banderas sewaktu menghadiri Festival Filem Cannes pada 2012 menerusi sebuah rakaman video yang tersebar.
“Saya masih ingat sewaktu mereka menari bersama dan mereka nampak intim,” dakwa jurugaya artis Ivan Bitton dari Los Angeles yang dipetik dari laporan radaronline.com.
Khidmat Bitton pernah digunakan oleh Mallika.
Dalam video yang tersebar itu Banderas juga didengar memuji kejelitaan Mallika.
Mallika dalam reaksinya menerusi Twitter berkata dia tidak pergi ke pusat peranginan dengan Banderas seperti didakwa.
Ketika ditanya komennya tentang Banderas oleh agensi hiburan E-Online, Mallika memuji Banderas sebagai lelaki budiman, pandai menari dan mengaku mereka adalah teman rapat.
Dia juga sedih dengan berita penceraian pasangan itu.
Mallika turut berkata Bitton bukanlah rakan baiknya, malah dia telah dipecat oleh Mallika.
Mallika percaya Bitton yang bertanggungjawab mengedarkan videonya menari dengan Banderas dan dia tidak pernah menghubungi Bitton sejak dia dipecat.