Aktor 'Chewbacca' meninggal dunia pada usia 74 tahun

Astro Awani
Mei 2, 2019 23:57 MYT
Pelakon, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu. Foto: Reuters
PELAKON, Peter Mayhew yang membawa watak Chewbacca dalam beberapa siri filem Star Wars meninggal dunia pada 30 April lalu.
Ahli keluarga mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi perkongsian di Twitter.
Mayhew meninggal dunia pada usia 74 tahun ketika berada di kediamannya di Utara Texas bersama keluarga.
Bagaimanapun, ahli keluarga tidak mendedahkan punca kematian Mayhew.

The family of Peter Mayhew, with deep love and sadness, regrets to share the news that Peter has passed away. He left us the evening of April 30, 2019 with his family by his side in his North Texas home. pic.twitter.com/YZ5VLyuK0u

— Peter Mayhew (@TheWookieeRoars) May 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mayhew sebelum ini pernah memainkan watak yang berusia 200 tahun itu dalam siri The Empire Strikes Back, Return of Jedi, Revenge of The Sith, The Force Awakens dan The Star Wars Holiday Special.
Bagi sitkom televisyen pula, Mayhew pernah muncul dalam drama bersiri Donny & Marie, The Muppet Show dan Glee.
Bakatnya mula digilap oleh produser, Charles H. Schneer sewaktu bertugas sebagai pembantu di sebuah hospital di London menerusi filem Sinbad and the Eye of the Tiger arahan Ray Harryhausen.
Satu majlis penghormatan terakhir akan diadakan pada 29 Jun ini, manakala majlis seumpamanya akan diadakan buat peminat siri Star Wars menerusi persidangan EmpireCon pada Disember nanti.
#Chewbacca #pelakon #Peter Mayhew #Return of Jedi #Star Wars #The Force Awakens