Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia

Astro Awani
Februari 18, 2025 07:40 MYT
Aktivis teater tersohor tanah air, Zakaria Ariffin menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi tadi pada usia 73 tahun.
KUALA LUMPUR: Aktivis teater tersohor tanah air, Zakaria Ariffin menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak.
Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Al Ibroh, Batu 7, Behrang Hulu untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Sekiah.
Sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam gelanggang teater, Allahyarham Zakaria bergandingan dengan ramai
nama besar antaranya Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang, Tan Sri Johan Jaaffar dan ramai lagi.
Bekas Ketua Program Penulisan Akademi Seni Buday dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini juga merupakan penerima Anugerah SEA Write 2001.
#Zakaria Ariffin #Zakaria Ariffin meninggal dunia #aktivis teater #Anugerah SEA Write 2001
;