Aktif berpolitik, Ahmad Dhani sanggup jual rumah?
Gempak
Ogos 8, 2018 13:41 MYT
Ogos 8, 2018 13:41 MYT
SEJAK kebelakangan ini, penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani telah aktif melibatkan diri dalam dunia politik di negara tersebut.
Terbaru, ketua kumpulan Dewa 19 ini menyatakan bahawa dia akan menjual rumahnya bertujuan untuk menyokong kempen politik dari ahli politik terkenal di negara itu, Prabowo Subianto.
"Wang dari penjualan rumah itu akan digunakan untuk membiayai kempen untuk ahli politik tersebut dalam pilihanraya tahun hadapan.
"Isteri saya, (Mulan Jameela) telah bersetuju dengan keputusan ini dan kami sekeluarga masih mempunyai rumah yang lain," katanya.
Ahmad Dhani telah mula aktif di industri hiburan Indonesia pada tahun 1986 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini. Teks : Asraf Aided, Sumber : kapanlagi.com