Aksi Syamsul Yusof mengarah Mat Kilau sehebat pengarah filem Transformers
Gempak
Februari 6, 2019 07:00 MYT
Februari 6, 2019 07:00 MYT
RAMAI penonton teruja mahu menonton filem terbaru, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof apatah lagi filem tersebut membawa kisah salah seorang pahlawan Melayu yang pernah terpahat dalam sejarah negara.
Merujuk satu video yang dikongsi menerusi media sosial, penonton berpeluang menyaksikan di sebalik pembikinan filem epik itu yang menjalani penggambaran di kawasan kampung di Lambor Kanan, Perak baru-baru ini.
Jika segelintir penonton beranggapan babak pertempuran adalah suatu yang mudah untuk dirakam, ia sebenarnya memberikan cabaran pada pengarah sendiri untuk mendapat syot terbaik.
Dalam video itu yang dimuat naik salah seorang kru produksi filem itu di Instagramnya, @thehitmannazri, Syamsul sendiri menggunakan kamera untuk merakam babak penting itu.
Apa yang mengujakan, babak itu juga membabitkan letupan dan Syamsul bersama dua kru penggambarannya bergerak secara bebas untuk merakam aksi berkenaan.
Netizen turut memberikan komen rasa teruja mereka untuk menonton filem yang dibintangi pelakon berpengalaman seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin bersama Johan As'ari.
"Steady bro. Makin excited juga ni nak tengok hasil kerja Mat Kilau @syamsulyusoffilm," kata netizen dikenali sebagai @kelvinwest103.
Begitu juga, netizen @nabil_rahim_menyamakan cara kerja Syamsul seperti pengarah hebat Hollywood, Michael Bay yang pernah mengarahkan filem francais Transformers.
"Susahnya yer nak bikin satu2 scene sebuah filem....," kata netizen @aronaventures.
#cabaran
#filem
#Hollywood
#Instagram
#Lambor Kanan
#Mat Kilau
#Michael Bay
#pahlawan Melayu
#pengarah
#Penggambaran
#Perak
#sejarah
#Syamsul Yusof
#Transformers