"Akhirnya.. tumpas jua" - Wany Hasrita positif COVID-19, sambut Aidiladha dalam kuarantin
Gempak
Julai 13, 2022 13:13 MYT
Julai 13, 2022 13:13 MYT
Penyanyi Wany Hasrita disahkan positif COVID-19 menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Ahad.
Menerusi laman sosial Instagram, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, berkongsi berita tersebut untuk tatapan umum.
Menurutnya, ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.
“Selamat hari raya Aidiladha! Lambat sikit tak mengapa. Eh sebab saya beraya dengan 'Cik COVID'. Akhirnya dah berapa tahun, tumpas jua.
“Setakat ni simptomnya sakit kepala macam migrain, terus buat ujian saliva, bam! double line! Diikuti pula dengan demam, batuk dan selesema baru jadi semalam. Oh ya, diarrhea sejak Sabtu,” tulis Wani di ruangan kapsyen.
Walaupun sakit, Wany tampil jelita dalam persalinan jubah berona hijau yang digayakan sewaktu menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Khayalan itu turut berlapang dada dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT.
“Elok pula timing waktu gini nak kena ya. Tak mengapalah, alhamdulillah.
“Moga Allah hapuskan dosa-dosa dan gantikan kesihatan yang lebih baik. Insyallah amin! Wany migraine dan batuk, aduh sakit dada,” jelasnya lagi.
*Artikel asal disiarkan di Gempak