Akhirnya...The Rock tamatkan status duda!

Gempak
Ogos 24, 2019 12:18 MYT
Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii. - Foto Instagram
PELAKON dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne Johnson menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian pada Ahad lalu.
Memetik laporan huffpost.com, Dwayne yang sinonim dengan gelaran The Rock itu telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii.
Difahamkan, pasangan ini telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.
"Dwayne dan Lauren bertemu pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.
"Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.
"Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini," kata sumber.
Terdahulu, Dwayne telah mengahwini Dany pada tahun 1997, namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada tahun 2008. - Sumber : huffpost.com
#Bercinta #Dwayne Johnson #Fast and Furious #filem #Hawaii #tamat status duda #The Rock #The Rock melangsungkan perkahwinan
;