'Akhirnya mereka pun tumbang' - Anak Johan masuk hospital
Gempak
Mac 16, 2018 20:00 MYT
Mac 16, 2018 20:00 MYT
ANAK kepada pelawak dan penyampai radio ERA, Johan ditahan di wad.
Berita itu diberitahu oleh Johan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Turut disertakan juga satu foto yang merakamkan dua anaknya, Haziq dan Chantiq sedang nyenyak tidur di atas katil hospital sambil ditemani Johan.
Bagaimanapun, Johan tidak menyatakan punca anak-anak kesayangan ditahan di wad.
Menerusi posting IGnya sebelum ini, Haziq dan Chantiq pernah di bawa ke klinik empat hari lalu.