Akhirnya Fizz Fairuz umum kahwini Almy Nadia
Astro Awani
Februari 13, 2014 18:50 MYT
Februari 13, 2014 18:50 MYT
Berdepan pasang surut perhubungan selama lapan tahun, Fizz Fairuz mendedahkan akan bernikah dengan pasangannya, Almy Nadia pada 30 Mei ini.
Majlis akad nikah akan diadakan di Pulau Pinang diikuti dengan majlis resepsi di Raub pada Jun.
Fizz dan Almy melalui turun naik perhubungan termasuk yang mencetuskan kontroversi seperti pertunangan Fizz dengan seorang wanita yang sudah bersuami.
Namun hubungan mereka bertaut kembali yang mana Fizz menyifatkannya sebagai jodoh yang sudah tersurat.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober tahun lepas.