"Akhirnya, bawa anak jumpa nenek" - Adam Corrie buat netizen sebak
Gempak
Ogos 21, 2018 17:58 MYT
Ogos 21, 2018 17:58 MYT
PELAKON Adam Corrie melakukan kejutan apabila membawa anaknya, Adam Fateh Lee untuk berjumpa dengan neneknya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam berkongsi video emaknya yang sedang mendukung anaknya sehingga membuatkan netizen berasa sebak.
"@adamfatehlee jumpa Amaa. Happy je Fateh dapat jumpa Amaa (nenek dalam bahasa hokkien).
"Amaa pun seronok dapat jumpa cucu dia. Saya panggil mak saya Maa. Amaa bermaksud nenek.
"Kalau atok, panggil Kong Kong atau Akong. #adamcorrie #cinaHokkien #cinaMuslim," tulisnya.
Rata-rata mengakui terkesan dengan video yang dikongsikan itu dan mendoakan agar keluarga itu sentiasa diberikan hidayah.
"@wawa5743: Meleleh jugak air mata amaa @adamcorrielee".
"@turosri: Alhamdulillah, ceria seorang ibu tengok generasinya. Bahagia hendaknya buat semua family awak. Rukun yang penting. Moga terus di kurniakan kesejateraan dari Allah SWT. Amin."
"@masniabdullaha: Sayangnya Amaa ke @adamfatehlee. Caring sangat nampaknya. Semoga Amaa diberikan kesihatan yang bagus dan mendapat hidayah memeluk agama Islam sebelum pengakhiran hidup dia. Ameen Ya Rab."
"@norazuramohd: Amaa nangis ek. Nanti ajar Fateh cakap hokkien."
Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.
Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.